PKR Kelantan desak AKSB perjelas isu agihan bonus RM10,000

PKR Kelantan desak AKSB perjelas isu agihan bonus RM10,000

TANGKAP layar yang menunjukkan tular mengenai pemakluman pembayaran agihan saguhati Hari Raya Aidlfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah syarikat AKSB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: PKR Kelantan mendesak Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) menjelaskan isu agihan sagu hati Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah syarikat terbabit sebagai mana tertera pada sekeping surat berkait dengan pemakluman tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan PKR negeri, Dr. Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengesahan itu penting bagi merungkai persoalan yang timbul selepas surat tersebut tular dalam laman sosial sejak semalam.

“Penjelasan secara rasional pemberian bonus ini penting bertujuan melihat sama ada ia sepadan dengan pencapaian dan target AKSB dalam isu pembekalan air bersih di negeri ini.

“Jika benar sebagaimana disebut, bermakna tiada langkah positif daripada kenyataan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) yang menjadi asas perubahan pentadbiran AKSB dalam membaiki servis serta perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain memuat naik di laman sosial Facebook miliknya berupa salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan, AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Pada masa sama, Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.

Pendedahan itu tular dan menimbul perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Sementara itu, Utusan Malaysia gagal mendapatkan komen AKSB berhubung perkara ini apabila pihak berkenaan mengambil pendekatan mengunci mulut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN