Perhalusi semula cadangan tingkatkan caruman majikan dalam

Perhalusi semula cadangan tingkatkan caruman majikan dalam KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memperhalusi cadangan menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana ia dilihat tidak sesuai dengan iklim ekonomi semasa yang masih merangkak selepas dilanda wabak Covid-19.

Presiden Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia, Mohamad Amirul Mohamad Letfee berkata, pelaksanaan tersebut jika dibuat secara terburu-buru, dibimbangi akan memberi kesan domino negatif buat ekonomi negara.

“Langkah ini akan meningkatkan bebanan kewangan terutama buat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seterusnya mungkin akan berlaku pengurangan pengambilan tenaga kerja atau kenaikan harga barang bagi mengimbangi kos tenaga kerja yang meningkat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, kerajaan harus mempertimbangkan pelaksanakan tambahan caruman bahagian majikan dibuat secara sukarela dengan insentif seperti pengurangan cukai dan geran, bersesuain dengan peningkatan kos sebagai galakan kepada syarikat yang membuat tambahan caruman bahagian majikan. 

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan perlu memperkenalkan insentif lain untuk membantu syarikat menghadapi kesukaran ekonomi pasca pandemik.

“(Ini termasuk) kenaikan kos, mempermudah urusan perniagaan, meningkat digitalisasi operasi syarikat dan menambah pelaburan dalam negara bagi merancakkan aktiviti ekonomi,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan tambahan peratusan KWSP bahagian majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus.

Cadangan itu dibuat mengambil kira kebimbangan kerajaan apabila 71 peratus pencarum KWSP aktif yang berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara di atas paras kemiskinan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.