Pemberian saguhati kepada ahli lembaga pengarah AKSB prosedur  biasa

Pemberian saguhati kepada ahli lembaga pengarah AKSB prosedur biasa

MOHAMAD Kamal Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan  pemberian saguhati berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) merupakan prosedur biasa.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, pemberian itu sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

“Tujuh daripada sembilan orang (ahli lembaga pengarah AKSB) adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan Teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti. 

“Soal perbandingan dengan jumlah kepada kakitangan, pada saya ianya tidak berbangkit kerana sebelum perkara ini viral (tular) langkah penambahbaikan telah dibuat oleh pengurusan AKSB untuk kebajikan kakitangan bagi menghadapi hari raya seperti penjawat awam yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Kamal memberitahu, pihkanya mencadangkan agar AKSB boleh menyiasat kebocoran dokumen sulit dalam kalangan kakitangan.

Katanya, Pas Kelantan mahu mereka yang terlibat dalam menyebarkan dokumen sulit itu dibawa ke muka pengadilan.

“Dokumen Sulit itu adalah dokumen yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Saya masih optimis dengan tata kelola yang baik bukan sahaja menjauhi rasuah tetapi juga melibatkan soal integriti termasuk tindakan perut pedal hodoh mereka yang berniat jahat mendedahkan sesuatu yang secara pentadbirannya biasa diamalkan,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain memuat naik di laman sosial Facebook miliknya berupa salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan, AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Pada masa sama, Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.

Pendedahan itu tular dan menimbul perdebatan hangat dalam kalangan warganet.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN