Pembantu rumah didera majikan, diselamatkan

Pembantu rumah didera majikan, diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penderitaan pembantu rumah warga asing yang didera majikannya berakhir apabila berjaya diselamatkan pihak polis di Brickfields di sini. 

Malah, wanita berusia 39 tahun itu dipukul, ditampar dan pernah dicederakan di bahagian tangan dengan seterika. 

Ketua Polis Daerah Brickfileds Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang mengesyaki jirannya mendera pembantu rumah pada 12.50 tengah hari, 23 April lalu.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati wanita warga asing itu mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua mata serta muka.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu di rumah berkenaan selama hampir setahun enam bulan menyatakan sering dipukul, ditampar dan pernah dicederakan oleh majikannya di bahagian tangan dengan seterika,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Jelasnya, pihaknya turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi mencederakan mangsa untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Suspek dalam kes ini yang juga majikan mangsa akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk dituduh di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemerdagangan manusia diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan.

Aktiviti jenayah lain di daerah ini juga boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya