Pemandu lori maut dihempap kayu balak

Pemandu lori maut dihempap kayu balak

LOKASI seorang lelaki maut selepas dihempap kayu balak di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Gua Musang di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak dalam kejadian di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa Norazlan Hamdan, 53, yang baru bekerja dua bulan cuba menurunkan balak daripada lori menggunakan keadah biasa iaitu membuka empat rantai dan ‘chain-lock’ kecuali di bahagian tengah sebelum sebatang kayu itu terjatuh lalu menghempapnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati selepas membuka ‘chain lock’ mangsa pergi ke arah kanan lori dan bertindak  menarik rantai.

“Secara tiba-tiba sebatang balak telah jatuh  menimpa bahagian badan mangsa. Rakan sekerja mangsa yang melihat kejadian tersebut telah membawanya ke Hospital Gua Musang untuk mendapat rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, polis menerima laporan berkenaan kejadian terbabit kira-kira pukul 4 petang oleh pengurus syarikat tempat mangsa bekerja.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya