Pantau pelaburan negeri, elak pencemaran alam sekitar - Utusan Malaysia

Pantau pelaburan negeri, elak pencemaran alam sekitar

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (duduk, tengah) mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri memantau pelaburan yang memasuki negeri ini supaya tidak menjejaskan alam sekitar.

Baginda dalam titahnya menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian kerajaan negeri sehingga kini yang berjaya memuktamadkan tujuh projek pelaburan antarabangsa membabitkan jumlah pelaburan kira-kira RM11 bilion.

“Suka saya nasihatkan pantau betul-betul pelaburan ini. Kita tidak mahu hanya gah pada angka tetapi biarlah rakyat turut menerima limpahan pekerjaan yang bakap cipta.

“Dan yang paling penting kesemua pelaburan yang masuk tidak mencemarkan alam sekitar di negeri saya ini,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dalam titahnya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengingatkan apa jua projek yang dilaksanakan mesti seimbang antara pembangunan dan menyokong ke arah pelepasan karbon sifat bersih atau net zero emissions.

“Ingat. Dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar dalam kehidupan.

“Saya tidak mahu menang bersorak kampung tergadai. Lebih-lebih lagi Pahang merupakan negeri yang kaya dengan sumber asli dan khazanah alam yang paling bernilai,” titah baginda.

Baginda dalam pada itu turut berharap agar pentadbiran baharu kerajaan negeri ini dapat meneruskan keharmonian serta kehemilangan untuk membangunkan ekonomi dan fizikal serta meningkatkan pendapatan negeri demi kemakmuran rakyat.

“Kerajaan saya harus memperkukuhkan lagi iltizam untuk melipatgandakan produktiviti dan daya sajng bagi memastikan prestasi kutipan hasil tahun 2023 dipertingkatkan lagi sebagaimana sasaran ditetapkan,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya