PETALING JAYA: Lambakan modul soalan ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di media sosial yang boleh dibeli semurah RM20 menimbulkan persoalan pelajar yang memohon sememangnya berkualiti atau sebaliknya. Semakan Mingguan Malaysia mendapati wujud laman web yang menawarkan jualan koleksi modul dan soalan latihan ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke SBP dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Pesanan boleh dibuat melalui mesej peribadi atau imbasan kod QR dalam hantaran itu untuk mendapatkan set soalan pada harga RM20. Justeru, timbul persoalan bagaimana untuk mengukur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya