SHAH ALAM: Masalah kewangan dipercayai mendorong seorang kontraktor merancang pembunuhan pemilik rangkaian klinik swasta di Kajang yang mayatnya disumbat dalam bagasi sebelum dicampak ke dalam gaung di Hulu Langat, baru-baru ini. Lelaki berusia lewat 30-an itu bukan sahaja memeras ugut mahukan wang RM228,000 malah turut bersubahat dengan empat individu lain untuk menamatkan riwayat ahli perniagaan itu pada 26 April lalu. Komplot pembunuhan lelaki berusia 41 tahun itu dipercayai bagi mendapatkan…










