Lelaki mabuk pukul isteri, anak OKU ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki mabuk pukul isteri, anak OKU ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA:  Seorang  lelaki yang  memukul isteri dan anaknya seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) lebam di kediaman mereka di  Kampung Tasik Permai di sini  ditahan polis pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 11.15 tengah malam Rabu lalu, suspek yang didakwa mabuk dan baru pulang ke rumah telah memukul isterinya yang berusia 51 tahun yang sedang tidur.

Selepas memukul isterinya, lelaki itu turut  menendang anak perempuan mereka  yang juga OKU.

Selain itu, lelaki itu  turut mengugut ingin membunuh isterinya  dengan pisau menyebabkan wanita itu meminta bantuan anak sulungnya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan laporan itu  anggota kereta Peronda (MPV) IPD Ampang Jaya  menangkap lelaki pada keesokan harinya.

Menurutnya,  pemeriksaan ke atas lelaki mendapati dia memiliki 13 rekod jenayah.

“Suspek bebas dadah dan semasa kejadian dia mabuk. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya