Lelaki dicekup edar 20,000 pil yaba

Lelaki dicekup edar 20,000 pil yaba

RAMPASAN pil yaba yang dilakukan oleh pihak polis selepas menahan seorang lelaki di Kampung Batu Hampar, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan kelmarin-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS : Seorang lelaki dicekup bersama 20,000 pil yaba dalam serbuan di Kampung Batu Hampar, Tok Uban, di sini malam kelmarin.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada pukul 12.45 tengah malam selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek sebaik sahaja ditahan membawa kepada rampasan bungkusan plastik mengandungi 20,000 biji yaba dengan anggaran nilai berjumlah RM200,000.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pil yaba yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran luar Kelantan. Saringan ujian air kencing turut mendapati negatif dadah.

“Bagaimanapun, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau pada tahun 2019 lalu di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kama Azural memberitahu, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah supaya menyalurkan segera kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya