Laporan penuh anggota APM maut dipatuk ular siap dua minggu lagi

Laporan penuh anggota APM maut dipatuk ular siap dua minggu lagi

ABDUL Wahab Rahim (kiri) menyampaikan sijil penghargaan serta sumbangan kepada keluarga arwah Mohd. Idris Abdul Samad di Kampung Kemasin, Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengesahkan laporan kematian anggotanya yang dipatuk ular tedung semasa sedang bertugas pada 7 Mei lalu dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Abdul Wahab Rahim berkata, hasil siasatan itu akan dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam melakukan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta elemen lain.

“Sekiranya ada ruang daripada hasil siasatan, kita akan membuat penambahbaikan berdasarkan keperluan lapangan.

“Kita akan melihat dari semua elemen termasuk SOP, peralatan perlindungan diri (PPE) dan peralatan sokongan bagi melaksanakan operasi, ” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke rumah arwah Lans Koperal Mohd. Idris Abdul Samad, di Kampung Kemasin di sini hari ini.

Abdul Wahab memberitahu, memandangkan tugas yang dilaksanakan oleh APM berisiko serta merbahaya, semua anggota serta sukarelawan APM telah mendapat perlindungan menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Katanya, setakat ini, lebih 11,762 anggota  APM diseluruh negara telah di carum.

“Kita memang terdedah dengan bahaya dan berdasarkan fakta kes tahun ini bermula Januari sehingga kini, kita telah menangani lebih 31,000 kes melibatkan binatang berbisa di seluruh negara.

“Manakala di Kota Bharu sahaja, kita telah mengendalikan lebih 2,000 kes binatang berbisa  sejak Januari sehingga Disember tahun lalu,”ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang anggota APM maut selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian apabila dipatuk seekor ular tedung.

Mangsa,  Mohd. Idris, 34,  dipatuk ketika mengalihkan seekor ular tedung dari guni ke dalam sangkar khas selepas menangkap reptilia itu di sebuah kampung di Kota Bharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.