‘Rasa macam nak siat muka Adam Adli’

KONVENSYEN NASIONAL: ‘Rasa macam nak siat muka Adam Adli’

PENGERUSI Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan barisan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan memotong kek sempena Hari Ibu pada Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO mengimbas kembali zaman permusuhan dengan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Adam Adli Abd. Halim menurunkan bendera yang memaparkan wajah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 2011.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, perkara itu menimbulkan kemarahan UMNO, namun, tidak menyangka kemarahan itu akan padam apabila hari ini duduk bersama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun Adam Adli pernah turunkan bendera kita, marahnya kita pada waktu itu. Masa itu, umpama Adam Adli ni kita nak sahaja disiat mukanya. Tetapi, inilah kehebatan yang direncanakan Allah. Bila kita bersama, hilang rasa marah bila jumpa Adam,” katanya dalam sesi Dialog Konvensyen Pemuda Perpaduan di WTC, di sini hari ini.

Pada 2011, Adam yang kini merupakan Ketua Pemuda PKR pernah mencipta kontroversi dengan menurunkan bendera memaparkan gambar Najib di ibu pejabat UMNO, sekali gus menyifatkan ia sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Bendera itu juga hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum beliau menaikkan semula bendera asal.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal turut menjelaskan, perkara yang lama tidak perlu dikenangkan kembali kerana orang muda kini bukan hanya perlu memahami sejarah, tetapi perlu mencipta sejarah baharu.

“Apa yang berlaku, yang sudah lepas itu sudah-sudahlah. Orang muda di luar sana sudah jemu dengan permainan politik apa yang berlaku.

“Jadi, inilah permulaannya. Kita selalu cakap orang muda perlu baca dan faham sejarah, tetapi kini apa yang lebih penting, orang muda perlu cipta sejarah. Kita perlu tunjukkan rakyat di luar sana, kerajaan perpaduan tidak bercakap lagi soal ekstrimisme, kau orang sana aku orang sini. Tetapi kita perlu cakap soal cari persamaan demi negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya