Komplot jatuhkan kerajaan tidak berasas-Anwar

Komplot jatuhkan kerajaan tidak berasas-Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali.

Perdana Menteri berkata, beliau sebaliknya mahu semua jentera kerajaan memberi tumpuan penuh kepada tugas utama iaitu membangunkan negara dan rakyat.

“Tiada asas (komplot jatuhkan kerajaan), kita tumpu kerja. Dia tiada komplot, dia (mereka) nak kerja apa. Justeru, mereka jalankan tugas mereka maka, kita jalankan tugas kerajaan.

“Setiap bulan mereka ada strategi. Insya-Allah, setakat yang kita pantau keadaan (Kerajaan Perpaduan) cukup kuat.

“Apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta lain-lain cukup kuat dan jelas, jadi kita tumpu kerja.

“Jangan layan pengingau-pengingau ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan desas-desus 10 ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit dalam komplot menggulingkan kerajaan dan mendakwa mereka ingin meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi membolehkan diadakan pilihan raya kecil (PRK).

Difahamkan, laporan itu menyebut beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada MCA.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN