Kawalan sempadan Malaysia-Thailand terus diperketatkan sepanjang musim kemarau

Kawalan sempadan Malaysia-Thailand terus diperketatkan sepanjang musim kemarau

MUHAMAD Zaki Harun (dua dari kanan) menyampaikan duit raya kepada anak-anak anggota polis di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, semalam. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau bagi memastikan aktiviti penyeludupan berjaya dikekang dengan sebaik mungkin selepas air Sungai Golok mulai kering.

Ketua Polis negeri Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, selain rondaan rutin yang dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Polis Thailand bagi memastikan sempadan kedua-dua negara berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, kerjasama itu merangkumi pertukaran maklumat berkait dengan aktiviti jenayah seperti kegiatan penyeludupan dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan lain-lain di kawasan sempadan kedua-dua negara.

“Hubungan ini menjadikan kawalan sempadan digeruni oleh kumpulan yang menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang. Masing-masing memperketatkan kawalan sempadan selain beberapa pendekatan berstrategi di negeri ini.

“Polis Kelantan sentiasa memperketatkan kawalan bermula di sempadan negara, sempadan daerah sehinggalah ke sempadan negeri menerusi rondaan menggunakan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini malam tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, kes penyeludupan telah menunjukkan pengurangan selepas tangkapan dibuat secara besar-besaran sebelum ini.

Katanyua, bagaimanapun polis tidak akan leka dengan helah dan tipu daya penyeludup termasuk penggunaan jalan tikus di kawasan yang dilanda kemarau.

“Mereka (penyeludup) juga mengkaji pergerakan pihak berkuasa dan merancang strategi termasuk PATI yang kini dipecahkan dalam kumpulan yang kecil untuk masuk secara haram ke negara ini namun masih berjaya dicekup,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya