Jalinan mesra empat generasi etnik Mandailing - Utusan Malaysia

Jalinan mesra empat generasi etnik Mandailing

Mandailing
GUNTOR Tobeng (duduk, enam kanan) dan Sheila Majid (duduk, enam kiri) bergambar bersama sebahagian komuniti Mandailing yang hadir pada majlis Jamuan Jalinan Mesra Keluarga Besar Mandailing di Kelab Golf Negara, Subang, di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lima tahun terpisah, seramai 140 individu komuniti etnik Mandailing kembali bersua menerusi Jamuan Jalinan Mesra Keluarga Besar Mandailing melibatkan pertemuan empat generasinya, hari ini.

Pengerusi Persatuan Jaringan Mandailing Saroha, Datuk Dr. Guntor Tobeng berkata, majlis tersebut mempertemukan generasi keempat hingga ketujuh daripada pelbagai rumpun yang tinggal di negara ini.

“Terdapat beberapa marga (rumpun) Mandailing di negara ini seperti Lubis, Nasution, Siregar, Tobeng dan lain-lain lagi yang pernah membuat perancangan untuk berkumpul dalam satu majlis pada tiga tahun lalu, namun terbantut kerana Covid-19.

“Tetapi, akhirnya kami dapat bertemu berkenalan antara generasi dalam satu majlis dan diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi tersohor tanah air, Datuk Sheila Majid yang juga merupakan berketurunan Mandailing,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Jelasnya, menerusi majlis sedemikian, ramai keturunan etnik itu dapat dipertemukan dan berhasrat untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan supaya lebih ramai lagi dapat dihimpunkan pada masa akan datang.

Sementara itu, Sheila ketika ditemui memaklumkan bahawa ibunya, Datuk Paduka Saadiah Adam berasal daripada marga Lubis.

“Saya adalah generasi kelima Sultan Puasa daripada marga Lubis dan ibu sering kali bercerita mengenai Sultan Puasa.

“Sultan Posa bersama suku Mandailing yang lain berhijrah dari Sumatra, Indonesia ke Tanah Melayu lebih satu abad dan menjadi peneroka lombong bijih timah di Kuala Lumpur,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya