Isu Kalimah Allah: Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan

Isu Kalimah Allah: Badan Peguam Syarie tuntut penjelasan, Pembela gerak bantahan

Zainul Rijal Abu Bakar ZAINUL RIJAL NOTA TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 9 APRIL 2017 AHAD MUKA 18 archived by NHJ Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar NOTA TERBITAN KOSMO 5 JUN 2018 SELASA MUKA 2 Archived By RM NOTA TERBITAN KOSMO 11 MEI 2019 SABTU MUKA 3 110519K ARCHIVED BY SUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan menuntut penjelasan Kerajaan Malaysia yang menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut memohon penjelasan sama ada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang diberikan hak oleh mahkamah sebagai Amicus Curae (sahabat mahkamah), dirujuk sebelum sebarang tindakan diambil oleh kerajaan.

“Penjelasan penuh perlu diberikan berkaitan tindakan ini dan mengapa terdapat perbezaan tindakan yang tidak dimaklumkan kepada masyarakat Islam juga,” ujarnya sambil melahirkan rasa dukacita dan kekesalan dengan tindakan itu.

Ujar Zainul Rijal, di Selangor terdapat undang-undang negeri yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan Selangor.

Menurut beliau, sebagai Ketua Agama Negeri yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa budi bicara di bawah Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, penarikan balik secara unilateral ini menjejas kuasa Sultan Selangor khususnya.

Zainul Rijal mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung keputusan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Sementara itu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang mewakili lebih 70 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan NGO Islam akan menggerakkan bantahan agar Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik pembatalan rayuan itu.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Aswanizam Alias berkata, tindakan unilateral kerajaan tanpa berunding dan merujuk pemegang-pemegang taruh isu berkaitan Islam termasuk Majlis Raja-Raja, Majlis-Majlis Agama Negeri dan pihak berkepentingan Islam, disifatkan sebagai tindakan melampau.

Media hari ini melaporkan, notis perberhentian tersebut difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.

Menurut notis berkenaan, KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan turut menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah merekodkan penarikan balik tersebut.

Sementara itu, peguam Annou Xavier yang mewakili penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill turut mengesahkan perkara sama.

“Berikutan penarikan tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 10 Mac 2021 kekal,”katanya.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah `Kaabah’, `Baitullah’ dan `solat’.

Bagaimanapun, penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu perlu disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.

Hakim itu memutuskan demikian dalam semakan kehakiman yang difailkan Jill.

Jill seorang wanita Melanau memfailkan semakan kehakiman pada 2008 iaitu memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah.

Beliau turut menuntut relif bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya tidak dihalang melalui sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Hakim Nor Bee menyatakan berdasarkan polisi Kabinet pada 1986, empat perkataan tersebut boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian dengan syarat, di bahagian luar kulit buku-buku berkenaan perlu dituliskan ‘dengan syarat di luar kulit buku-buku itu ditulis untuk agama Kristian sahaja.’

Selain itu, Hakim Nor Bee menyatakan, Bahasa Malaysia merupakan bahasa pertuturan utama di Sabah serta Sarawak dan tidak dinafikan bahawa bahasa Malaysia dan kalimah Allah telah digunakan oleh penganut Kristian dalam mengamalkan ajaran mereka.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya