Harimau kumbang mati dilanggar di Bukit Tangga - Utusan Malaysia

Harimau kumbang mati dilanggar di Bukit Tangga

SEEKOR harimau kumbang yang mati selepas dilanggar sebuah kenderaan MPV di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, Jelebu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seekor harimau kumbang mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pemandu MPV jenis Honda Odyssey iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun sedang memandu dari arah Seremban hendak ke Kuala Klawang bersama keluarga. 

Menurutnya, tiba di tempat kejadian iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, secara tiba-tiba seekor harimau kumbang melintas dari arah kanan jalan.

“Pada masa yang sama pemandu sempat menekan brek tetapi terlanggar juga harimau kumbang tersebut. Selepas perlanggaran tersebut, harimau kumbang itu kemudiannya bergerak ke longkang berhampiran yang terletak kira-kira empat meter lalu mati di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Maslan lagi, harimau kumbang tersebut telah disahkan mati oleh pegawai Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan seekor harimau kumbang yang berada di tengah-tengah jalan dan bergerak dalam keadaan seperti mengalami kecederaan.

Ia kemudian diikuti dengan video berdurasi 13 saat memaparkan harimau kumbang itu berada di dalam longkang di tepi jalan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya