Hampir 1,500 sertai World Chefs Championship Malaysia 2023 - Utusan Malaysia

Hampir 1,500 sertai World Chefs Championship Malaysia 2023

K. RAVEN KUMAR (tengah) bergambar dengan barisan juri profesional yang akan mengadili World Chefs Championship Malaysia 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 1,498 chef dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam World Chefs Championship Malaysia 2023 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, bermula hari ini.

Kejohanan kali kedua dianjurkan itu menjadi medan bagi chef yang berpengalaman dalam bidang masing-masing mengetengahkan bakat mereka dalam bidang kulinari daripada pelbagai latar belakang.

Pengerusi kejohanan, Michael Ooi Beng Hock berkata, penganjuran kejohanan yang memasuki tahun kedua itu bertujuan mempromosi serta mengangkat standard kulinari tempatan di mata dunia dengan penglibatan chef dari Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan India secara tak langsung menjadi platform pertukaran kepakaran dalam bidang kulinari.

“Kita telah merancang pertandingan kali kedua ini beberapa tahun yang lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19, kita terpaksa menundanya. Kita memilih Johor sebagai tuan rumah berdasarkan sokongan yang ditunjukkan kerajaan negeri selain berupaya menarik lebih ramai peserta dari luar negara.

“Sepanjang penganjuran kejohanan ini, kita bakal menyaksikan 19 pertandingan berlangsung membabitkan sembilan kategori dengan 152 projek yang akan dihasilkan. Selain itu, kita juga membawa 40 chef bertaraf dunia yang akan membuat demonstrasi kulinari mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran World Chefs Championship Malaysia 2023, di sini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa

Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar dan turut dihadiri Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.

Beng Hock berkata, kejohanan itu bakal mencipta rekod bagi masakan mi goreng terbesar pada hari ini diikuti jumlah projek kulinari terbanyak serta penglibatan peserta paling ramai dalam pertandingan.

Dalam pada itu, Raven Kumar berkata, World Chef Championship Malaysia 2023 merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri menerusi Tourism Johor dalam memastikan Johor meningkatkan lagi kadar kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa. 

“Tahun 2023 ini merupakan tahun yang terbaik untuk meningkatkan lagi prestasi

industri pelancongan berikutan perubahan fasa endemik. Kita dapat lihat industri

pelancongan di negeri Johor telah kembali semula dan terdapat peningkatan kedatangan pengunjung ke negeri ini. 

“Pihak Tourism Johor juga telah melaksanakan pelbagai program dan acara bagi merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini, iaitu bantuan pelancongan seperti insentif kepada pemain industri selain penganjuran program mega seperti ‘Nusantara Music and International Food Festival, Gegar Raya dan pelbagai lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya