Hafidz buat laporan minta polis siasat isteri keguguran

Hafidz buat laporan minta polis siasat isteri keguguran

MUHAMMAD HAFIDZ ROSHDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Muhammad Hafidz Roshdi membuat dua laporan polis berhubung isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengalami keguguran selepas mendakwa wanita itu pernah berhasrat menggugurkan kan­dungannya sebelum ini.

Muhammad Hafidz atau Hafidz, 29, berkata, dia menghalang hasrat tersebut dan bersedia untuk bertanggungjawab terhadap kandungan isterinya selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Nurul Shuhada, 29.

“Dalam WhatsApp, dia ada mesej saya memberitahu dia hendak gugurkan kandungan, jadi saya buat laporan polis untuk melindungi pihak saya, tetapi tahu-tahu dia sudah gugur.

“Apabila dapat tahu dia sudah gugur, saya terpaksa buat laporan polis (sekali lagi) untuk polis membuat siasatan, sebab dia meminta duit daripada saya untuk (membiayai) kos (rawatan) keguguran.

“Jadi saya tak tahu ada bukti resit, hospital. Jadi, sudah buat dua kali laporan polis. Saya menghalang dan tidak bersetuju dia menggugurkan kandungan. Saya sudah cakap, ja­ngan gugurkan, jaga baik-baik, saya akan bertanggungjawab tetapi, jadi sebalik­nya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess), semalam.

Nurul Shuhada Mat Shukri

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan polis menerima laporan tersebut pada 17 April dan 6 Mei lalu, masing-masing dibuat pada pukul 1.21 pagi dan 9 malam.

Terdahulu, Nurul Shuhada dilapor mengesahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu, bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata, Humairah 6, dan Umar, 2, menerima takdir tersebut dengan hati terbuka.

Sementara itu, Nurul Shuhada ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dibuat Hafidz, sebaliknya memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan polis.

“Itu sebenarnya dalam siasatan polis lagi. Saya tak dapat komen. Saya pun belum beri keterangan kepada polis lagi,” katanya.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan Hafidz yang menya­takan keguguran dialaminya itu dilakukannya dengan sengaja.

“Takkan saya yang hendak gugurkan, saya yang mengan­dung, dalam rahim saya. Jadi, sekarang ini dalam siasatan lagi sebab saya tidak (belum) beri lagi keterangan kepada polis,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN