Guru guna manfaat penyakit kritikal tampung kos rawatan kanser - Utusan Malaysia

Guru guna manfaat penyakit kritikal tampung kos rawatan kanser

ABDUL Muie Ngah (tiga, kiri) menyampaikan manfaat penyakit kritikal sambil diperhatikan Wan Munadi Wan Mamat (dua, kiri) pada majlis penyampaian manfaat penyakit kritikal dan khairat kematian di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang guru yang mengidap kanser Lymphoma akan menggunakan sepenuhnya sumbangan manfaat penyakit kritikal daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sebanyak RM25,014.84 untuk menampung kos rawatannya.

Mohamad Zuhairi Abdul Latif, 53, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini, berkata, beliau memerlukan perbelanjaan yang besar untuk berulang ke Subang Jaya Medical Centre, Selangor dalam tempoh dua hingga tiga minggu sekali untuk rawatan susulan dan melakukan kemoterapi.

Menururnya, beliau menyertai skim 18 YGMB pada tahun 2020 dan manfaat yang diterima sekarang cukup besar dan di luar jangkaannya.

“Alhamdulillah saya lega dan menganggap macam mimpi apabila permohonan manfaat penyakit kritikal saya selaku ahli YGMB diluluskan dan jumlah yang diterima juga besar.

“Ketika awal permohonan, saya ingatkan nilainya hanya RM5,000 sahaja,,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian manfaat penyakit kritikal dan khairat kematian di sini, hari ini

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah menyampaikan manfaat penyakit kritikal kepada Mohamad Zuhairi dan khairat kematian kepada Azizah Yusoff, balu Mohd. Nazri Mohd. Noor dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting, Kuala Nerus.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Mohamad Zuhairi menambah, beliau juga mempunyai enam orang anak berusia antara 13 hingga 26 in tahun dan empat masih bersekolah, manakala isterinya pula tidak bekerja.

“Pada masa ini, saya mengambil cuti sakit kritikal selama dua tahun untuk urusan rawatan kanser yang dihidapi,” ujarnya.

Sementara itu, Azizah, 49, pula memberitahu, suaminya yang mengidap strok meninggal dunia pada Januari lalu menerima khairat kematian YGMB sebanyak RM27,037.04.

Pada masa sama, katanya, dia yang juga guru di SK Tok Jembal, Kuala Nerus juga mendapat khairat kematian pasangan sebanyak RM2,000 apabila turut menjadi ahli YGMB.

“Saya akan menggunakan sumbangan khairat kematian itu untuk menampung perbelanjaan tiga anak saya berusia 12 hingga 20 tahun yang masih bersekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.