Cukuplah kaitkan semua benda dengan LGBT 

Cukuplah kaitkan semua benda dengan LGBT 

QATAR melarang penjualan permainan getah berwarna pelangi kerana melambangkan gerakan LGBT.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak diminta untuk tidak lagi membangkitkan dan mengaitkan komuniti Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dengan semua perkara. 

Bendahari Parti Muda Wilayah Persekutuan, Anas Matsham berkata, daripada persembahan kumpulan Coldplay ke jam tangan jenama Swatch, usahlah berfikiran cetek mengaitkan apa sahaja warna pelangi dengan agenda kumpulan berkenaan. 

Ujarnya, jika tidak nanti, pelangi sebenar ciptaan tuhan itu juga menjadi isu perbalahan.

“Mengikut agama, manusia sebagai ciptaan tuhan dicipta berpasangan lelaki dan wanita. Sama juga daripada sudut sains dan biologi yang menterjemahkan jantina sebagai lelaki atau wanita. Ia adalah kejadian asal atau fitrah manusia berjantina lelaki atau wanita.

“LGBT merupakan pilihan individu. Tidak seharusnya pilihan dan pendirian seseorang itu diiktiraf oleh semua. 

“Muda secara jelas berpendirian tidak memperjuangkan agenda LGBT, namun, apa yang dipertahankan secara tegas adalah apa sahaja bentuk penindasan daripada aspek kemanusiaan tidak kira agama, bangsa, warna atau pilihan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, beberapa pihak membantah penganjuran kumpulan rock terkenal itu pada 22 November depan selepas dikatakan menyokong budaya LGBT. 

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan merampas koleksi pengeluar jam dari Switzerland, Swatch Group siri pelangi atau Pride yang dikaitkan dengan kumpulan LGBT. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya