Covid-19 di Kelantan terkawal, tiada kluster

Covid-19 di Kelantan terkawal, tiada kluster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes jangkitan Covid-19 di negeri ini sepanjang minggu epidemiologi ke-17 yang bermula 23 hingga 29 April lalu berada dalam keadaan terkawal.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, sepanjang tempoh itu tiada sebarang kluaster baharu direkodkan.

Menurutnya, sepanjang tempoh minggu epidemiologi ke-17 sebanyak 216 kes telah dilaporkan di negeri ini di mana tiga daerah tertinggi iaitu Kota Bharu (124 kes), Tanah Merah (18 kes) dan Tumpat (17 kes). 

“Kebanyakan kes yang direkodkan itu adalah kategori satu dan dua. Bagi pemantauan kes di hospital, pada minggu tersebut terdapat sedikit peningkatan kemasukan kes baru ke hospital dan tiada peningkatan kemasukan kes ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, bagaimanapun rakyat di negeri dingatkan supaya tidak terleka dengan situasi tersebut dengan mengambil kira kemungkinan berlaku peningkatan kes dan kluster terutama di institusi pendidikan selepas cuti panjang seperti perayaan Aidilfitri, Hari Pekerja dan Hari Wesak yang bakal menjelang. 

Katanya, pihak sekolah diminta untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dengan membuat saringan gejala sebelum pelajar masuk ke asrama.

“Pada masa sama, menggalakkan murid, pelajar, guru dan kakitangan untuk membuat penilaian kendiri tahap kesihatan serta tidak hadir ke institusi pendidikan sekiranya bergejala dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sekiranya gejala menjadi lebih teruk. 

“Jika da pelajar bergejala di sekolah atau di asrama, ujian kendiri Covid-19 perlu dilakukan segera dan menasingkan pelajar tersebut di bilik isolasi khas,” ujarnya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.