KUALA LUMPUR: Penutupan sekolah jika status suhu harian bagi cuaca panas dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius sehingga menjejaskan sesi pembelajaran bersemuka perlu diganti dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, ini bagi memastikan jumlah hari persekolahan 190 hari di dalam kalendar akademik Kementerian Pendidikan dipenuhi tanpa ada penangguhan. Bagaimanapun katanya, sesi persekolahan dan…










