Blok wanita, kanak-kanak HTAA dijangka dibina bermula Jun - Utusan Malaysia

Blok wanita, kanak-kanak HTAA dijangka dibina bermula Jun

ZALIHA Mustafa (tiga, kanan) mengadakan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Blok wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dijangka mula dibina pada Jun ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pada ketika ini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses melantik kontraktor utama.

“Projek ini sudah diluluskan dalam Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), pada 2019 dengan kos berjumlah RM605 juta.

“Kerja pembinaan blok khas itu dijangka siap sekitar 2026, namun disebabkan kelewatan ini jadi akan ada anjakan tempoh disiapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di HTAA di sini.

Blok wanita dan kanak-kanak bercirikan ‘Infection Desease’ dengan kapasiti 376 katil merangkumi komponen seperti bahagian kecemasan, klinik pakar, penjagaan harian, wad, unit rawatan rapi, bilik bersalin dan pelbagai komponen sokongan.

23 Februari tahun lalu, Kementerian Kesihatan mengemukakan anggaran kos pertambahan RM158.3 juta bagi komponen ‘Infection Dease’.

Pembinaan blok tersebut dijangka memberi manfaat kepada anggaran 564,000 penduduk di daerah ini.

Menyentuh berkaitan pembinaan Hospital Maran, Zaliha berkata, kementerian itu sudah mengadakan lawatan ke tapak baharu bagi pembinaannya pada 25 Mei lalu.

Jelasnya, lawatan tapak baharu bagi Hospital Maran diadakan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) kerana lokasi sebelum ini dilihat tidak sesuai dan perlu dikaji semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya