Bayi ditemui di tempat pembuangan sampah - Utusan Malaysia

Bayi ditemui di tempat pembuangan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Masjid berhadapan Bella Damansara, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya di sini semalam. 

Bayi itu ditemui  seorang wanita bersama anak lelakinya ketika melalui kawasan itu pada pukul 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, ketika ditemukan, bayi itu dibalut kain kuning, masih bertali pusat dan uri bersamanya.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan doktor, bayi dalam keadaan stabil dan mempunyai kesan kemerahan di pipi sebelah kiri.

“Berat bayi adalah 2.5 kilogram dengan ketinggian 49 sentimeter dan bayi itu kini ditempatkan di Wad Kanak-kanak HSB untuk rawatan dan pemerhatian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, usaha mengesan individu yang membuang bayi sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya