Apa rasional tarik balik rayuan kalimah Allah - Hassan - Utusan Malaysia

Apa rasional tarik balik rayuan kalimah Allah – Hassan

Hassan Abdul Karim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian pada ketika ini dipersoalkan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim melahirkan kehairanannya kenapa kes rayuan itu tidak diberi peluang diputuskan mengikut undang-undang Perlembagaan di Mahkamah Rayuan.

“Kenapa kerajaan Persekutuan sekarang dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tarikh balik rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Kes kalimah Allah ini bermula di Mahkamah Tinggi dan boleh dirayu oleh pihak-pihak yang terlibat sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Kes rayuan ke Mahkamah Rayuan difailkan kerajaan Persekutuan terdahulu pada 12 Mac 2021. Apa rasional rayuan ini ditarik balik oleh kerajaan Persekutuan sekarang,” soalnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Isnin lalu, kerajaan dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor turut mempersoalkan sama ada keputusan menarik balik rayuan tersebut dibuat secara betul, berniat baik dan tidak 

menyalahi undang-undang pentadbiran.

“Tidakkah peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan agama Islam terletak dalam bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu? Adakah Majlis Raja-Raja Melayu telah dirunding dan persetujuan raja-raja telah diperolehi sebelum rayuan ditarik balik?

“Jawapan dan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting dalam meredakan kegelisahan umat Islam sekarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.