Annuar Musa kukuhkan kedudukan PN di Kelantan menjelang PRN

Annuar Musa kukuhkan kedudukan PN di Kelantan menjelang PRN

KAMARUDIN MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan melihat tindakan Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa yang memilih Pas sebagai wadah perjuangan mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pengalaman luas Anuuar dalam dunia politik dan kerajaan sebelum ini menjadi ‘senjata’ baharu buat PN untuk berdepan gabungan Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) pada PRN nanti.

“Tahniah!..saya yakin Pas akan mendapat untung yang banyak dengan penyertaan beliau (Annuar) bersama pengikut dan penyokong setianya.

“Tidak dinafikan Annuar mempunyai ramai kawan dan penyokong dalam UMNO terutama di negeri ini. Ramai pemimpin UMNO Kelantan telah mendapat menafaat semasa beliau menjadi menteri dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarudin memberitahu, beliau yakin ramai rakan sahabat yang terhutang budi dengan Annuar pastinya akan menyokong tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu secara diam atau terbuka.

“Satu langkah dan pilihan yang tepat selepas sekian lama tidak berparti, beliau memilih parti yang didokong oleh gabungan PN yang sealiran memperjuangkan agenda rakyat,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Annuar mengesahkan sudah menghantar borang permohonan menyertai Pas bulan lalu bersama lebih 1,000 ahli UMNO lain.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memutuskan menyertai Pas selepas lebih enam bulan meneliti secara dekat dan mendalam suasana politik negara mutakhir ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya