Anak kedua kepada pengasas Dnars Skincare menang tuntutan hadanah

Anak kedua kepada pengasas Dnars Skincare menang tuntutan hadanah

IRDIENA Hakim Jasman (lima kanan) bersama adik bongsu dan ahli keluarga serta barisan peguam selepas menang tuntutan hadanah di  Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Anak kedua kepada pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare menang tuntutan hadanah ke atas adik bongsunya Qaseh Khadija Ahmad Rizal Shah untuk tinggal bersama kakak, nenek dan ibu saudara selepas keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman, selepas Qaseh Khadija, 10, memilih untuk tinggal bersama kakak, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71 serta ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.

Terdahulu, tuntutan itu dibuat oleh tiga plaintif iaitu Irdiena Hakim, bersama neneknya, Khatijah, dan ibu saudara, Faradila.

Mereka membuat tuntutan hadanah untuk hak lawatan, bermesra dan bermalam terhadap Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal, 10, yang merupakan adik tiri kepada Irdiena Hakim.

Plaintif diwakili dua peguam syarie, Naemah Saupi dan Shaharuddin Mohamed.

Irdiena Hakim ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan dibuat oleh adiknya Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal yang memilih untuk tinggal bersamanya.

“Saya tidak jangka Qaseh akan membuat keputusan itu (tinggal bersama),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, peguam yang mewakili plaintif, Naimah berkata prosedur hari ini dibuat berdasarkan permohonan pihak plaintif yang memohon mahkamah memerintahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.

“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya