90 peratus projek KKM lewat kerana kontraktor tak berpengalaman

90 peratus projek KKM lewat kerana kontraktor tidak berpengalaman

ABDUL RAHMAN Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Lebih 90 peratus ‘projek sakit’ melibatkan pembinaan fasiliti kesihatan di negara ini disahkan berpunca daripada masalah kontraktor dilantik tidak mempunyai pengalaman.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, terkini terdapat sebanyak 166 projek membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berjalan dan 24 daripadanya berstatus projek sakit.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan, sebanyak 22 kontraktor yang sedang berdepan kelewatan dalam proses pembinaan atau perbekalan didapati tidak mempunyai pengalaman berhubung pembangunan hospital, klinik kesihatan dan sebagainya.

Jelasnya, justeru bermula tahun ini kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewajibkan para kontraktor yang terlibat dengan projek KKM perlu mengikuti dan lulus Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK).

“Banyak perkara semasa pembinaan melibatkan pelanggan kami, khususnya KKM. Bila berlaku pembinaan terbahagi kepada beberapa bahagian.

“Pembinaan dan perbekalan yang kita sukar untuk gabung kontraktor pembekal ini menyebabkan kelewatan. Ini perkara yang berlaku sehingga terpaksa guna kontraktor penyelamat untuk pastikan kelancaran.

“Sebab itu kita adakan kursus, buat penapisan. Kita tak ada rasa bimbang atas perkara yang kita laksanakan. Kalau kita ambil 200 kontraktor, kita saring dan sebagai contoh, hanya 35 kontraktor yang layak lepas saringan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kursus berkenaan di Pusat Kecemerlangan dan Teknologi JKR (CREaTE), Simpang Ampat di sini, hari ini.

Kursus SKKK yang pertama kali dilaksanakan melibatkan seramai 35 syarikat kontraktor gred G7 telah lulus penetapan prasyarat Kementerian Kewangan.

Tambah Abdul Rahman, langkah drastik itu turut diambil bagi mengelakkan semua kontraktor tidak berpengalaman terbeban dengan denda kelewatan atau liquidated ascertained damage (LAD) yang boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

“Kursus untuk mereka boleh laksana tanggungjawab bila ditawar projek, boleh buat lancar supaya tidak ada denda kelewatan projek. Kalau projek RM300 atau RM400 juta, denda mungkin RM50,000 sehari, maka mereka akan alami kerugian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.