50 peratus ladang ayam muflis hanya khabar angin - Mohamad

50 peratus ladang ayam muflis hanya khabar angin – Mohamad

MOHAMAD Sabu (kiri) semasa meninjau pam air yang disediakan kerajaan untuk kemudahan petani di Kampung Bukit Kechik, Gunung, Bachok, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kementerian Keterjaminan Makanan menegaskan 50 peratus pengusaha ladang ayam akan muflis hanya bersifat khabar angin.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun pemantauan berhubung perkara itu sentiasa dilakukan dengan mendapatkan maklumat terkini dari seluruh agensi dibawa selian kementerian.

“Saya harap orang ramai tidak panik dengan perkara ini dan kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan sentiasa cukup,” katanya kepada pemberita selepas majlis turun padang bersama petani di Kampung Bukit Kechik, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Mohamad turut melihat operasi pam yang disediakan untuk kemudahan pengairan petani sepanjang musim kemarau.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, sekurang-ku­rangnya 50 peratus daripada keseluruhan 2,100 ladang ayam kontrak seluruh negara di ambang muflis susulan kelemahan polisi kerajaan mengawal sektor penting makanan negara itu.

Ini merangkumi kira-kira 1,000 ladang ternakan ayam kontrak yang hampir semua­nya diusahakan penternak bumiputera yang terlibat membekalkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 2.2 juta ekor ayam setiap hari bagi memenuhi keperluan dalam negara, iaitu sebanyak 660,000 ekor ternakan itu.

Sumber industri ternakan ayam wilayah tengah Semenanjung memberitahu Utusan Malaysia, ancaman muflis dalam kalangan penternak ayam kontrak berpunca akibat lima faktor.

Faktor-faktor itu adalah cadangan mengapungkan harga ayam dan telur bermula Julai, langkah Bank Negara (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), tiada lembaga unggas, cadangan menaikkan tarif elektrik kepada syarikat multinasional serta pengenalan upah gaji minimum RM1,500.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.