39 individu di Kelantan cedera main mercun

39 individu di Kelantan cedera main mercun

DR. ZAINI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan seramai 39 individu di negeri ini yang mengalami kecederaan akibat bermain mercun sepanjang tempoh sebulan bermula 25 Mac sehingga hari ini.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada jumlah sebanyak 23 kes dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan dan memerlukan pemantauan rapi daripada doktor serta petugas kesihatan.

“14 mangsa pula dirawat sebagai pesakit luar selepas mengalami kecederaan yang tidak serius melibatkan patah jari tangan dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk muka serta mata.

“Bagaimanapun terdapat dua mangsa telah dirujuk pakar perubatan akibat mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, kebanyakkan kes kecederaan berkiat dengan aktiviti bermain mercun ini melibatkan golongan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun.

Katanya, JKNK memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihatkan supaya ibu bapa mengawasi kelibat anak-anak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya