KUALA PILAH: Dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang melarikan tujuh kilogram emas bernilai RM1.8 juta selepas menyamun dua pekerja syarikat pembekal barang kemas di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.37 pagi di luar sebuah kedai emas dengan video kejadian tersebut turut tular dalam media sosial. Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd. Rahman berkata, pihaknya mengetahui kejadian berkenaan sebaik sahaja dimaklumkan dua kakitangan pembekal barang kemas yang terus…










