15 buah sekolah di KL terjejas kejadian ribut

15 buah sekolah di ibu negara terjejas kejadian ribut

KEADAAN bumbung tercabut di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, Kuala Lumpur.-GAMBAR FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 15 buah sekolah di ibu negara dilaporkan terjejas akibat kejadian hujan lebat serta ribut yang melanda di beberapa kawasan, petang semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu berdasarkan laporan diterima yang mana sekolah-sekolah terlibat mengalami kerosakan seperti bumbung tercabut dan pokok tumbang.

Beliau berkata, fenomena itu melanda Kuala Lumpur semalam agak teruk sehingga menyebabkan banyak kejadian tidak diingini termasuk kenderaan dihempap pokok tumbang, selain rumah dan sekolah mengalami kerosakan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis dan tahap kerosakan semua sekolah yang terlibat.

“Buat masa ini, JKR sudah menasihatkan pihak sekolah termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar supaya mengelak daripada memasuki kawasan terjejas sehingga keselamatan lokasi berkenaan dipastikan terlebih dahulu.

“Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan usaha menyiasat, membaik pulih dan mengawal keselamatan dapat diselaraskan dengan sebaik dan sesegera mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, antara sekolah yang terjejas adalah tujuh sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pudu iaitu SMK Desa Perdana; SK Yaacob Latif; SK Salak South; SK Danau Perdana; SJKC Jalan Imbi; SK Cochrane dan SMK (P) Methodist.

Selain itu, enam sekolah di bawah PPD Keramat iaitu SK Setapak; SK Kg. Bharu; SMK Puteri Wilayah (Asrama); SMK Seri Titiwangsa; SK Kementah dan SMK Taman Melati serta dua sekolah di bawah PPD Sentul iaitu SMK Jinjang dan SK Seri Nilam.

Sementara itu, beliau menambah, kementeriannya juga menerima laporan kerosakan beberapa unit rumah di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur disebabkan kejadian ribut berkenaan.

“Antara lain kerosakan yang dilaporkan adalah membabitkan bumbung dan awning yang tercabut diterbangkan angin kuat.

“JKR bekerjasama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melakukan pemeriksaan dan penilaian kerosakan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.