Zulkifli anggap tanggungjawab besar pimpin UMNO Tumpat selepas menang pemilihan semula

Zulkifli anggap tanggungjawab besar pimpin UMNO Tumpat selepas menang pemilihan semula

ZULKIFLI Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Datuk Zulkifli Abdullah menyifatkan kemenangan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tumpat pada pemilihan semula parti itu semalam tanggungjawab besar yang perlu dipikul pada penggal akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zulkifli berkata, beliau terima kasih kepada seluruh perwakilan yang memberi mandat kepadanya sekali lagi untuk menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Tumpat.

“Ini adalah tanggungjawab yang besar untuk saya  memimpin UMNO Tumpat. Amanah dan tanggungjawab ini akan saya galas sebaiknya, untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihanraya nanti,” katanya.

Pada pemilihan semula itu, Zulkifli memperolehi 526 undi sekaligus menewaskan dua pencabarnya Datuk Ahmad Rosdi Mamat (448 undi) dan Wan Mohd Sanusi Wan Yunus (47 undi)

Bagi penggal ini, Zulkifli berganding dengan Mohd Fakrudin Ariffin sebagai Timbalan Ketua Umno Tumpat dan Abdul Mannan Md. Said (Naib).

Pemilihan UMNO pada 18 Mac lalu menyaksikan Ahmad Rosdi mengatasi dua calon itu dengan 422 undi, manakala Zulkifli pula 381 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya