PUTRAJAYA: Pemilihan surah Al-Insan bagi program World #QuranHour berlangsung esok boleh menjadi panduan dan iktibar kepada masyarakat sekali gus mengangkat martabat al-Quran agar dijadikan amalan bukan sekadar baca dan faham malah turut diamalkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, banyak pengajaran kepada umat manusia untuk bersifat insaniah terutama dalam menghadapi isu-isu perpaduan, penghinaan agama, toleransi kaum dan ketandusan akhlak. “Pemilihan surah Al-Insan…