UAI kembali ke 'gelanggang kuliah'

UAI kembali ke ‘gelanggang kuliah’

AZHAR Idrus semasa menyampaikan kuliah di Madinah Ramadan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus kembali semula ke ‘gelanggang kuliah’ buat kali pertama di Madinah Ramadan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, selepas dimasukan ke hospital pada 16 Mac lalu.

Sungguhpun masih dalam pengawasan serta perlu sentiasa mengikuti nasihat doktor, Azhar atau UAI kelihatan cukup bersemangat dapat kembali berkongsi ilmu dengan masyarakat melalui kuliah.

Kembalinya UIA dalam arena dakwah nyata memberikan kelegaan serta kegembiraan seluruh pencinta kuliah agama di negara ini termasuklah ribuan pengunjung Program Santai Anak Muda.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengunjung yang sempat ditemui, Muhd. Naimie Adam, 23 dari Bachok mengakui agak terkejut dan teruja apabila Kota Bharu dipilih sebagai tempat pertama UAI kembali ke gelanggang dakwah.

“Kita tahu dia baru sembuh dari sakit dan masih dalam pemantauan. Jadi agak terkejutlah bila dia pilih Madinah Ramadan dahulu untuk kembali menyampaikan ceramah berbanding tempat-tempat lain.

“Apa pun saya bersyukur dapat hadir mendengar ceramah beliau bersempena Nuzul al-Quran pada tahun ini dan berkesempatan untuk bersua muka dengan beliau,” katanya ketika ditemui di Madinah Ramadan di sini semalam.

Sementara itu, Jailani Ghazali, 39 dari Pengkalan Chepa mendoakan agar UAI dapat meneruskan perjuangan melalui ceramah-ceramah agamanya dan menyeru orang ramai mendoakan pendakwah bebas itu diberikan kesihatan berpanjangan.

“Saya rasa cukup seronok kerana sudah lama tidak mendengar ceramah disampaikan UAI. Alhamdulillah rakyat Kelantan bertuah kerana negeri ini menjadi pilihan untuk beliau kembali menyampaikan ceramah selepas kembali sihat dan segar.

“Bagi saya kita tidak perlulah sekat pendakwah-pendakwah seperti UAI menyampaikan ceramah agamanya kerana rakyat memerlukan ilmu yang dikongsikan oleh mereka. Kita beri sokongan dan permudahkan urusan mereka agar rakyat dapat manfaat,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, UAI  menjalani sebuah hospital dipercayai mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya