Tukang masak campak 52 biji pil kuda ditahan polis  

Tukang masak campak 52 biji pil kuda ditahan polis  

MOHD Haki Hasbullah (tengah) bersama pegawai menunjukkan pil kuda, syabu dan air ketum yang dirampas semasa sidang akhbar di IPD Tanah Merah, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang tukang masak bertindak mencampakkan bungkusan kotok rokok mengandungi 52 biji pil kuda selepas diserbu sepasukan anggota polis menerusi Op Tapis Bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 11.17 malam itu, suspek berusia 28 tahun berjaya dicekup selepas bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, semasa melarikan diri daripada serbuan itu suspek telah bertindak mencampakkan sesuatu ke atas tanah.

“Pemeriksaan lanjut dilokasi telah menjumpai satu kotak rokok yang mengandungi 52 biji pil kuda.

“Susulan itu, anggota bertugas kemudian melakukan pemeriksaan ke dalam bilik suspek dan menjumpai tiga paket plastik cerah mengandungi syabu seberat 5.1 gram,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, turut ditemui satu bungkusan air ketum dan ubat batuk sebanyak 500 milimeter.

Katanya, siasatan awal yang dilakukan suspek mengaku dadah tersebut untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada rakan-rakan sekerja.

“Hasil ujian air kencing, suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 ,Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM1,120,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya