KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa di dua mahkamah sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan termasuk menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa. Wang itu didakwa bertujuan mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Bagaimanapun, Pengarah Hydroshoppe Sdn. Bhd., Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim-Hakim Suzana Hussain dan Rozina Ayob. Di hadapan Rozina, Hydroshoppe didakwa sebagai suatu organisasi komersial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya