PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kod Etika Hakim 2009. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kertas siasatan tersebut turut dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan menunggu arahan selanjutnya. Sumber itu berkata, syor yang dibuat selepas hasil siasatan SPRM mendapati terdapat pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 dilakukan hakim berkenaan. “Tindakan telah pun diambil…