PETALING JAYA: Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk tawaran berdasarkan hobi seperti bermain golf, berkaraoke, bercuti atau menghadiahkan tanah-tanah lot kepada penjawat awam yang memenuhi kepentingan pemberi. Pemberi selalu menyelidik kegemaran penjawat awam yang diperlukan untuk menjadi mudah cara kepada kepentingan mereka. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada Utusan Malaysia, perlakuan rasuah mudah berlaku membabitkan kakitangan kerajaan yang ditugaskan di bahagian perolehan atau jabatan-jabatan sensitif kerajaan terutamanya…