PETALING JAYA: UMNO dan DAP perlu bersama-sama mewujudkan ruang untuk berunding bagi mencapai kesefahaman supaya tidak timbul masalah ketika hubungan kedua-dua parti dilihat tidak mesra meskipun telah berada dalam gabungan kerajaan semasa. Ia terutama apabila UMNO dan DAP saling berbalas kenyataan mengenai usaha menarik sokongan orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat, Ronnie Liu berkata, kedua-dua parti itu…