PETALING JAYA: Persengketaan berlarutan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor boleh memudaratkan kedua-dua belah pihak dan rakyat. Penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan mempersoalkan mengapa persengketaan Anwar-Sanusi terus dihidangkan kepada umum secara meluas sedangkan Pengerusi PH itu tidak pula mempunyai masalah besar dengan Menteri Besar Terengganu dan Kelantan. Katanya, tidak sepatutnya perbezaan parti politik antara negeri dan persekutuan dijadikan…