PRN: Pas seru perantau pertahan kemenangan di serambi Mekah

PRN: Pas seru perantau pertahan kemenangan di serambi Mekah

AHMAD Yakob (kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang diraikan pada Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas menyeru anak-anak Kelantan di perantauan untuk pulang mempertahankan kemenangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi sebagaimana yang diterjemahkan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sokongan padu daripada anak perantauan amat diperlukan bagi memastikan kejayaan kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRN terus menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran di bumi serambi Mekah ini.

“Sepanjang Ramadan lalu kita boleh lawan, kita bangun dan kita menang. Perjuangan ini mungkin akan memakan masa panjang, iaitu 10 hingga 30 tahun lagi kerana kita mempunyai banyak cabaran di hadapan.

“Jadi kita menyeru semua rakyat Kelantan yang berada di perantauan agar dapat balik menunaikan tanggungjawab dan memberikan sokongan kepada kita pada PRN nanti supaya program dirancang akan berjalan dengan lebih rancak dan lebih baik,” katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan di Balai Islam Lundang, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana rakyat Kelantan sentiasa menunjukkan kecintaan terhadap negeri ini walaupun di mana mereka berada.

“Kita bersyukur kepada Allah kerana berjaya menghabiskan segala tuntutan Ramadan dan saya sangat gembira melihat rakyat Kelantan sentiasa pulang ke negeri ini pada setiap sambutan hari raya dan musim percutian,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya