Penunggang motosikal maut lepas langgar Avanza, dirempuh Bezza  - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut lepas langgar Avanza, dirempuh Bezza 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal Orang Asli terbunuh dalam kemalangan melibatkan tiga maut  kenderaan di Kilometer 425.1 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini awal pagi tadi.

Mangsa lelaki Orang Asli  berusia 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat  cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 5.55 pagi apabila mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari  Tapah, Perak menghala ke arah Klang.

“Sampai di tempat kejadian motosikal tersebut  melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berumur 42 tahun,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh dan dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa dihantar Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.