Pandang serius gesaan tubuh RCI siasat kes Najib - Utusan Malaysia

Pandang serius gesaan tubuh RCI siasat kes Najib

PEMUDA dan Puteri UMNO Bahagian Pekan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di Pekan, Pahang meminta siasatan dilakukan ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan panel hakim yang terlibat dengan kes SRC International Sdn. Bhd. membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Pemuda UMNO Bahagian Pekan meminta kerajaan memandang serius gesaan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memberikan keadilan sewajarnya kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd. Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, perkara itu mengambil kira hujah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli ketika mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd, Jumaat lalu.

“Datuk Seri Najib tidak pernah minta supaya kesnya digugurkan, tetapi hanya mahu proses perbicaraan yang adil.

“Namun, berdasarkan dua laporan baru-baru ini, satunya berkenaan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor berkenaan hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan kenyataan Abdul Rahman bahawa keadilan belum dapat ditegakkan untuk bekas Perdana Menteri itu,” katanya di sini.

Mohd. Fakhrul Akhmal berkata, Pemuda Bahagian Pekan membuat laporan polis meminta pihak berwajib menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim lain yang berkaitan, mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang sedia ada agar integriti sistem kehakiman negara tidak terus tercemar.

“Secara dasarnya kita akur dengan keputusan mahkamah. Namun, kita merasa amat terkilan kerana perkara sedemikian. kita rasakan perlu dinilai semula untuk memastikan keadilan kepada Datuk Seri Mohd. Najib dapat ditegakkan,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Abdul Rahman dalam pada itu menjadi satu-satunya hakim yang menentang keputusan majoriti panel hakim, yang menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu selaku pemohon, untuk mendapatkan kebenaran menyemak keputusan mahkamah sama sebelum ini yang mengekalkan sabitan, hukuman dan denda berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya