Lelaki cedera ditembak pada kaki dipercayai sedang berjudi

Lelaki cedera ditembak pada kaki dipercayai sedang berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki yang cedera pada kaki selepas terkena satu das tembakan di Kampung Tepus, Pauh Lima di sini semalam dipercayai sedang berjudi berhampiran sebuah bangsal di kampung tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima laporan berhubung kes tersebut kira-kira pukul 1.20 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Bachok kemudiannya menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 27 tahun dan dua rakannya datang ke kawasan tali air di Kampung Tepus untuk berjudi.

“Seorang lagi suspek dan tiga lagi lelaki yang masih bebas datang ke kawasan tersebut dipercayai untuk menyamun hasil perniagaan mangsa dan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semakan mendapati, mangsa dan dua suspek yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 28 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah. 

Katanya, mangsa dan kesemua suspek yang terlibat dalam kes itu dipercayai mengenali antara satu sama lain.

“Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek pertama pada awalnya cuba mengelirukan pihak polis dengan membuat laporan palsu, namun tindakannya itu disedari oleh pihak polis,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, polis sedang giat mengesan tiga suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan semasa berada berhampiran sebuah bangsal di Kampung Tepus, Pauh Lima.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa bersama rakannya berada di sebuah bangsal berdekatan dengan tali air di kampung berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya