PETALING JAYA: Skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggantikan skim pencen sekiranya ia merupakan isu utama doktor kontrak tidak boleh diserap ke jawatan tetap. Wakil Hartal Doktor Kontrak (HDK) yang tidak mahu dikenali berkata, pihaknya sudah mencadangkan penyelesaian ini sejak Julai 2021 kepada Kementerian Kesihatan (KKM). “Tetapi jawapan mereka (KKM) adalah ‘kalau nak tukar kepada KWSP kena ubah Akta Pencen terlebih dahulu dan perkara ini memerlukan kelulusan Parlimen’.…