Kuantan pasang 160 stesen mengecas EV menjelang 2025 - Utusan Malaysia

Kuantan pasang 160 stesen mengecas EV menjelang 2025

HAMDAN Hussin (empat, kanan) merasmikan stesen pengecas kenderaan Elektrik (EV) yang di parkir Hotel Mega View di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mensasarkan sebanyak 160 pengecas kenderaan elektrik (EV) siap dipasang di 59 lokasi yang dikenalpasti di bandaraya ini.

Menjelang Jun ini, bagi fasa pertama sebanyak 33 stesen pengecas EV akan dipasang di 13 lokasi dengan kos pemasangan dianggarkan mencecah RM4 juta.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, sehingga hari ini, terdapat 11 unit parkir stesen pengecas EV sudah tersedia untuk pengguna membabitkan lima kawasan di sekitar bandaraya ini.

“Di lima lokasi ini, terdapat dua stesen pengecasan pantas manakala 10 bagi pengecasan perlahan. Pada tahun depan, 16 lagi lokasi dengan 47 pengecas yang akan dipasang, dan seterusnya pada tahun 2025, sebanyak 30 lokasi melibatkan 80 pengecas,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Stesen Pengecas EV dengan kerjasama BLH Ecoenergy Sdn. Bhd. di parkir Hotel Mega View di sini hari ini.

MBK merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang bekerjasama dengan pihak operator bagi melaksanakan stesen pengecas EV di negara ini.

Setakat ini, terdapat tiga unit pengecas EV ditempatkan di Hotel Mega View, dua unit di Kompleks Bandaraya Kuantan, dua unit di Berjaya Megamall, dua unit di Kompleks Seri Dagangan Centre dan dua lagi unit di Air Putih.

Sementara itu, Hamdan memberitahu, dengan sasaran pemasangan stesen pengecas EV lengkap di seluruh daerah ini, pelancong dijangka lebih tertarik untuk mengunjungi bandar ini.

“Ini merupakan satu lagi inisiatif hijau atau Kuantan Go Green membabitkan penggunaan kereta elektrik.

“Sebelum ini memang agak sukar mendapatkan pengecas dan yang ada hanyalah inisiatif daripada pihak swasta dan penjual kereta malah lebih menyukarkan kerana mereka tidak beroperasi 24 jam.

“Justeru itu, bermula dengan kawasan-kawasan pelancongan seperti Cherating sehingga ke Gambang, Tanjung Lumpur, Batu Hitam, KotaSAS dan Sungai Lembing, kita akan lengkapkan pemasangan stesen pengecas ini. Ini juga sebagai satu usaha mensasarkan pertambahan bilangan pelancong daripada negara jiran, iaitu Singapura dan Thailand yang susah banyak menggunakan EV,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya