PETALING JAYA: Penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang menteri bakal membuka ruang untuk pembangkang memainkan naratif bahawa kerajaan perpaduan tidak menepati ideologi perjuangan sendiri. Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, isu berkaitan menteri berkenaan pastinya akan menjejaskan kerajaan terutama dalam menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi. Menurut beliau, Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan kes itu untuk menyerang…