PUTRAJAYA: Kerjasama rentas kementerian akan menjadi kunci kepada usaha serius yang diambil kerajaan dalam menghapuskan peranan orang tengah yang cuba mengambil keuntungan berlebihan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui peranan orang tengah menjadi punca berlaku kenaikan harga barang sehingga membebankan pengguna. Beliau berkata, saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu usaha dilakukan bagi mengurangkan peranan orang tengah…